Saturday 30 January 2010

TAHUN 2010

SEBAGAI PERMULAAN TAHUN 2010, PANITIA KH Mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru yang mengajar Subjek Kemahiran Hidup seperti Cikgu Nazari bin Nordin, Cikgu Mohd Fauzi b. Kamarudin dan cikgu yang sedia mengajar KH seperti Cikgu Zainal Abidin b. Jaafar.Dengan adanya tenaga pengajar daripada guru-guru yang berpengalaman yang luas di dalam subjek KH ini maka dapatlah pelajar-pelajar Sk Alor Pongsu menimba pengalaman dan pengetahuan di bidang teknikal. Rata-rata pelajar akan berpeluang membuat projek masing-masing dengan pengawasan guru-guru yang sedia ada disambing menambah ilmu bukan sahaja dalam pertukangan, perkebunan, penternakkan, jahitan, elektonik malah turut diajar bidang perniagaan. Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Insyaallah dengan berkat usaha dan penuh kesabaran, kita akan berjaya melahirkan modal insan yang benar-benar berguna di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Buat Renungan Kita Bersama

bukan berniat mewujudkan pandemik 'panik' di kalangan insan..

sekadar berkongsi fakta..

fakta yang seakan tidak dipedulikan..

agar persepsi 'kemungkinan' di titik beratkan sewajarnya..





H1N1 ada hikmahnya...

merupakan cemati yang menghalau kita kembali kepada ALLAH..

sesungguhnya kita ini sering alpa dan lalai dari mengingati-NYA..

kita durhaka kepada-NYA..

tengelam dalam kelazatan kehidupan dunia hingga lupa kepada-NYA..

kita mengerjakan ma'siat..

kita remehkan hukum-hakam-NYA..


Maka dengan datangnya bencana atau wabak sebegini, akan membuatkan manusia teringat untuk pasrah..

kembali kepada-NYA..

bertaubat kepada-NYA..

memohon perlindungan dari-NYA..

(kritisan kata terbaik dari al-fanshuri)


moga kita senantiasa berada di bawah lindungan-Nya. hayati rasa keinsafan bersama keasyikan Qasidah Burdah di sini. wassalam..

JASAMU DIKENANG

;

Gelagat Bloggers

;

Koleksi Gambar SKAP