Sunday 29 November 2009

Friday 20 November 2009

KEPUTUSAN UPSR DAH KELUAR.

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU, BAGAN SERAI PERAK, telah mendapat keputusan UPSR pada pagi Khamis 19 Nov. 2009 yang lalu. Secara keseluruhannya peratus lulus telah jatuh kepada 45% berbanding tahun lepas 51.7%. Bilangan pelajar yang mendapat 5A masih kekal 6 orang seperti tahun lepas. Nampaknya tahun hadapan semua guru Sk Alor Pongsu mestilah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan peratusan lulus naik semula dan melepasi SPR.

Wednesday 28 October 2009

Minggu Peperiksaan

Bermula 27 Oktober hingga 30 Okteber 2009, Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu menjalani Peperiksaan Akhir tahun.Dalam bulan ni sibuklah sikit sebab saya di amanahkan sebagai su peperiksaan dalaman. Lepas habis sahaja peperiksaan akhir tahun masih ada 3 program besar iaitu, LADP, Perkhemahan Unit Beruniform dan Hari Anugerah.

Wednesday 21 October 2009

FAKTA PENTING TENTANG HANDSET YANG MUNGKIN KITA SEMUA TIDAK TAHU....



PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -> >

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

-Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri> tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Saturday 19 September 2009

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin



Terlalu cepat masa berlalu, Ramadhan semakin penghujung dan semakin mahu meninggalkan umat Islam. Walaupun kita bersedih untuk berpisah dengannya, ia tetap akan pergi meninggalkan kita. Beruntunglah mereka yang boleh berjaya memanfaatkan Ramadhan siang dan malamnya. Rugilah mereka yang gagal memanfaatkannya dengan pelbagai alasan kerana tiada jamin kita boleh bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Sijil Taqwa yang akan Allah berikan kepada umat Islam, tentu terhad. Yang pasti mereka yang tahu dan mahu memanfaatkan Ramadhan. Sijil Taqwa diberikan kepada mereka yang berjaya menempuh segala ujian sepanjang bulan Ramadhan. Sijil Taqwa sudah pasti tidak akan diberi kepada mereka yang terus mengekalkan dosa basah, dosa kering walaupun pada zahir mereka berpuasa. Dosa mengumpat, dosa fitnah, dosa menyebarkannya, dan dosa melaga-lagakan satu golongan dengan golongan lain.

Walau apapun kita tetap mahu merayakan Idulfitri (sebutan yang betul), mahu bergembira dan bersuka ria. Kita sudah diharamkan berpuasa pada 1 Syawal. Jadi, kita perlu menyambut hari raya walaupun dalam keadaan biasa. Kita perlu beraya walaupun hakikatnya kita belum dianggap berjaya oleh Allah. Bertaubatlah dan berdoalah semoga kita terus dirahmatinya. Pada masa yang sama ucaplah tahniah kepada rakan yang lain dengan anggapan mereka berjaya. Nanti mereka juga akan lakukan terhadap anda. Semoga Allah terima.

Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Idilfitri, maaf zahir dan batin, semoga setiap tahun anda dalam keadaan baik. Bagi yang akan balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan semasa beraya.

Terima kasih daun keladi,

Untuk rakan dan teman yang baik hati,

Sepanjang perjalanan pulang jagalah diri,

Supaya terhasil hari raya idilfitri yang dinanti.

Friday 11 September 2009

Adab-Adab Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Adab-Adab Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.
Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri
Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok
Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.
"Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.
"Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi
Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Hadits riwayat Al-Bukhari)
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

Friday 28 August 2009

Salam Ramadhan

Hari yang dinantikan sudah tiba. Ramadhan Karem membuka tirainya. Sebagai hamba Allah, kita sudah bersedia menerima dan menyambutnya dengan sukaria.

Marilah kita buktikan semua itu pada setiap malam dengan memenuhi masjid dan surau untuk solat Tarawih, lakukan sebanyak yang kita mahu, selama masa yang kita mahu. Lagi banyak masa kita ambil bersama dengan Allah, tentulah besar nilaiannya di sini Allah. Lagi banyak rakaat yang kita lakukan untuk Allah, lagi besarlah Allah menilainya.

Yang penting Allah ampun dosa kita dan tambahkan keberkatan. Sabda Rasululah s.a.w:
من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر الله له ما تقدم من ذنبه (رواه أحمد ، والبخارى ، ومسلم ، وأبو داود ، والترمذى ، والنسائى ، وابن ماجه ، وابن حبان عن أبى هريرة . ابن النجار عن أنس)

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan keinsafan, akan Allah ampun dosanya mana yang terdahlu daripada dosanya.

Satu pesanan untuk semua kawan dan rakan juga teman, janganlah kita beribadah bagai hangat-hangat tahi ayam yang bersemangat pada minggu pertama saja. Sebaiknya kita bayangkan Lailatul Qadar yang kita cari itu ada sepanjang Ramadan. Dan sehari berlalu anggaplah malam berkenaan belum turun lagi. Ini memberi motivasi untuk terus beribadah

Ingatlah jika kita rasa bosan dan malas hendak beribadah kepada Allah, pasti Allah akan malas dan bosan untuk mengingati hambanya. Jadi, seriuslah dalam beribadah pada kali ini.

Di kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan selamat menyambut Ramadahn al-Mubarak.

Thursday 13 August 2009

JADUAL WAKTU UPSR 2009

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2009 daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia telah diedarkan kepada murid-murid Tahun 6 pada 11 Ogos 2009. Berikut adalah Jadual UPSR 2009 yang telah diabstrak mengikut Sekolah Kebangsaan (SK) dalam jadual waktu peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:
Tarikh/Hari Masa Kod Nama Kertas

08 September 2009 (Selasa)
•8.15-9.05 pagi 011 Bahasa Melayu Pemahaman
•9.45-11.00 pagi 012 Bahasa Melayu Penulisan
•11.45-12.25 tgh hari 015/2 Mathematics Kertas 2
09 September 2009 (Rabu)
•8.15-915 pagi 015/1 Mathematics Kertas 1
10 September 2009 (Khamis)

•08.15 - 09.30 pagi 018 Science
•10.15 - 11.05 pagi 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1
•11.45 - 01.00 petang 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2
•02.15 - 03.45 petang 013 Ujian Aptitud
SELAMAT MENJAWAB UPSR !
Petikan berita pada akhir tahun lepas mengenai Ujian Aptitud:
PUTRAJAYA - Mulai tahun ini calon yang bakal diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) perlu menjalani ujian Aptitud bagi mengenal pasti kecenderungan dan kesediaan pelajar, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd. Dom."Ujian secara rintis itu akan dijalankan Lembaga Peperiksaan Malaysia di 600 buah sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berakhir," katanya di sini semalam.Beliau berkata sebanyak 6,000 tempat disediakan di 54 sekolah berasrama penuh dan tambahan kemasukan sebanyak 750 orang mungkin dapat dibuat jika lima lagi SBP yang baru dibina siap menjelang tahun depan."Permohonan sudah dibuka mulai 1 September hingga 31 Oktober dan mereka yang berminat boleh menghubungi sekolah masing-masing untuk mendapatkan keterangan lanjut," katanya.Beliau berkata keputusan permohonan dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 Disember.
- Bernama

Wednesday 12 August 2009

Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup (SR) 2009.

1. Reka Bentuk dan Teknologi
1.1. Keselamatan dan Organisasi Bengkel
1.2. Kreativiti dan Reka Cipta
1.2.1. Pengenalan kreativiti
1.2.2. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk
1.2.3. Penyelesaian masaalah
1.2.4. Penghasilan projek reka cipta
1.2.5. Pendokumentasian
1.3. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
1.3.1. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam
1.3.2. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula
1.4. Elektrik dan Elektronik
1.5. Baik Pulih dan Penyenggaraan
1.5.1. Penyenggaraan alat tangan
1.5.2. Penyenggaraan bahagian bangunan
1.5.3. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah
1.5.4. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabut
1.6. Jahitan
1.7. Tanaman Hiasan
1.8. Ikan Hiasan
1.9. Tanaman Sayuran
2. Perniagaan dan Keusahawanan
2.1. Barang Jualan
2.2. Merancang dan Mengadakan Jualan
2.3. Mempromosi Jualan
2.4. Mengurus Jualan
2.5. Merekod Jualan
2.6. Mengurus Perbelanjaan Diri
2.7. Risiko Dalam Perniagaan
2.8. Sikap Pengguna Yang Bijak

Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup (SR) 2009

1. Reka Bentuk dan Teknologi

1.1. Keselamatan dan Organisasi Bengkel

1.2. Kreativiti dan Reka Cipta

1.2.1. Pengenalan kreativiti

1.2.2. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk

1.2.3. Penyelesaian masaalah

1.2.4. Penghasilan projek reka cipta

1.2.5. Pendokumentasian

1.3. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

1.3.1. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam

1.3.2. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

1.2

1.2.1

1.2.2

1.2.3

1.2.4

1.2.5

Kreativiti dan Reka Cipta

Pengenalan kreativiti

Kajian reka bentuk dan kefungsian produk

Penyelesaian masaalah

Penghasilan projek reka cipta

Pendokumentasian

8

7

7

1.3

1.3.1

1.3.2

Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam

Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula

5

5

1.4. Elektrik dan Elektronik

1.5. Baik Pulih dan Penyenggaraan

1.5.1. Penyenggaraan alat tangan

1.5.2. Penyenggaraan bahagian bangunan

1.5.3. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah

1.5.4. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabut

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

1.5

1.5.1

1.5.2

1.5.3

1.5.4

Baik Pulih dan Penyenggaraan

Penyenggaraan alat tangan

Penyenggaraan bahagian bangunan Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah

Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabut

1

1

5

1.6. Jahitan

1.7. Tanaman Hiasan

1.8. Ikan Hiasan

1.9. Tanaman Sayuran

2. Perniagaan dan Keusahawanan

2.1. Barang Jualan

2.2. Merancang dan Mengadakan Jualan

2.3. Mempromosi Jualan

2.4. Mengurus Jualan

2.5. Merekod Jualan

2.6. Mengurus Perbelanjaan Diri

2.7. Risiko Dalam Perniagaan

2.8. Sikap Pengguna Yang Bijak

Saturday 8 August 2009

Sekadar Renungan Bersama

Bukan berniat mewujudkan pandemik 'panik' di kalangan insan..

sekadar berkongsi fakta..

fakta yang seakan tidak dipedulikan..

agar persepsi 'kemungkinan' di titik beratkan sewajarnya..



H1N1 ada hikmahnya...

merupakan cemati yang menghalau kita kembali kepada ALLAH..

sesungguhnya kita ini sering alpa dan lalai dari mengingati-NYA..

kita durhaka kepada-NYA..

tengelam dalam kelazatan kehidupan dunia hingga lupa kepada-NYA..

kita mengerjakan ma'siat..

kita remehkan hukum-hakam-NYA..


Maka dengan datangnya bencana atau wabak sebegini, akan membuatkan manusia teringat untuk pasrah..

kembali kepada-NYA..

bertaubat kepada-NYA..

memohon perlindungan dari-NYA..

(kritisan kata terbaik dari al-fanshuri)


moga kita senantiasa berada di bawah lindungan-Nya. hayati rasa keinsafan bersama keasyikan Qasidah Burdah di sini. wassalam..

Friday 7 August 2009

SEKALONG PENGHARGAAN


Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj. Abd Wahid, kerana memberi peluang kepada saya menyertai Kursus Pembinaan Blog Panitia Mata Pelajaran Daerah Kerian Bil. 1/2009.

Tidak dilupakan kepada tenaga pengajar, En. Tashir Azhar, En. Shahrul Anuar, En. Shukri di atas tunjuk ajar mereka dan juga bantuan rakan-rakan guru lain sehingga terhasilnya laman blog ini.

Tidak dilupakan penghargaan ini saya tujukan kepada pihak pengurusan SKAP yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menyertai kurusus ini. Saya sama sekali tidak menyangka yang saya akan mempunyai laman blog sendiri hanya dalam masa beberapa jam sahaja menyertai kursus ini.

Saya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjur Kursus ini dengan jayanya.

Saya rasa berbesar hati jika saya dapat menyertai sebarang kursus yang dianjurkan oleh pihak PPD Kerian pada masa akan datang.

Segala pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi ini akan saya gunakan sebaiknya dan membantu rakan-rakan guru SKAP yang ingin membina laman blog mereka.

Akhirnya tahniah kepada rakan-rakan yang menyertai Kursus ini kerana telah berjaya menghasilkan blog masing-masing.

Insyaallah ada rezeki jumpa lagi.........

Thursday 6 August 2009

Power Point Presentation Alatan Tangan.

Di sini ada presentation berkaitan alatan tangan


Jangan Panik!!!

kali nih kta kongsi 'skill'..

'skill' nih nak 'test' thp keteroran seseorg..

leh try kat mmber2 yg nmpk otai bab kmpter nih..

kalu dia leh 'handle', mmg ktegori 'real' punya..

orait..

memula cri 'pc / nb' yg xde tuan..

pastu bwa 'mouse' g kat tgh 'desktop' n klik knan..

klik kat bhg 'view'..


korang 'untick' kat bhg 'show desktop icons'..

'then' korang akn prasan yg smua 'icon' kat 'desktop' tuh ilang..

jeng2..

pastu korang 'start' ler operasi mengetest nih..

jgn smpi gado2 ek..


pssst ;
gnakan 'skill' nih dgn bhemah.

wassalam..

Wednesday 5 August 2009


KOLEKSI GAMBAR 3

Gambar pemandangan semulajadi yang menyegarkan.

KOLEKSI GAMBAR 2

Gambar sekitar KLCC

KOLEKSI GAMBAR

Gambar semasa membuat rombongan sekolah ke Cameron Higlands. Gambar di dalam kawasan penanaman pokok bunga ros

KURSUS PENGURUSAN BLOG 2009

BERLANGSUNG DI SSL HOTEL , KEMUNTING. PADA 5-7 AUGUST 2009.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah
untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan
pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya
mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan
cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya
kerja yang baik.

KEMAHIRAN HIDUP

PENDAHULUAN
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata
pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar
pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam
kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis
dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan
teknologi dan keusahawanan.
Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi
dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan
bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan
yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui
pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap
perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran.
Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung
ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan
teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui
mata pelajaran ini.
Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada
penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan
idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti
mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk
serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan
seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan
komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya
menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin
mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian,
menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan
serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan
Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan
semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi
peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.
Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid
memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya
mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka.
Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta,
mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi
yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga
berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.

Buat Renungan Kita Bersama

bukan berniat mewujudkan pandemik 'panik' di kalangan insan..

sekadar berkongsi fakta..

fakta yang seakan tidak dipedulikan..

agar persepsi 'kemungkinan' di titik beratkan sewajarnya..





H1N1 ada hikmahnya...

merupakan cemati yang menghalau kita kembali kepada ALLAH..

sesungguhnya kita ini sering alpa dan lalai dari mengingati-NYA..

kita durhaka kepada-NYA..

tengelam dalam kelazatan kehidupan dunia hingga lupa kepada-NYA..

kita mengerjakan ma'siat..

kita remehkan hukum-hakam-NYA..


Maka dengan datangnya bencana atau wabak sebegini, akan membuatkan manusia teringat untuk pasrah..

kembali kepada-NYA..

bertaubat kepada-NYA..

memohon perlindungan dari-NYA..

(kritisan kata terbaik dari al-fanshuri)


moga kita senantiasa berada di bawah lindungan-Nya. hayati rasa keinsafan bersama keasyikan Qasidah Burdah di sini. wassalam..

JASAMU DIKENANG

;

Gelagat Bloggers

;

Koleksi Gambar SKAP