Tuesday 12 July 2011

PROJEK KAYU TAHUN 4

Thursday 6 January 2011

SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU 2011

Salam. Diucapkan selamat menempuh tahun 2011 kepada semua pengunjung. Terlebih dahulu maaf dipinta kerana lama tidak mengaktifkan blog ini. Insyallah Tahun ini saya akan cuba mengupdatekan blog ini ...

Tuesday 27 July 2010

Buku Idea



download

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR.

Kepada semua pelajar Tahun 6 SK Alor Pongsu amnya dan pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia umumnya diharapkan bersedia untuk menduduki UPSR pada September 2010. Saya mendoakan kejayaan kepada semua, Insyaallah...

Saturday 30 January 2010

PENGENALAN PROJEK KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 6



Sebagai pengenalan kepada pelajar-pelajar tahun 6 dalam bidang kreativiti dan reka cipta. Satu projek mudah telah diberikan berkonsepkan penyimpanan. Sebagai murid yang baru di bidang ini maka tunjuk ajar diberikan dan dengan sedikit pengawasan maka terhasillah produk yang telah dipilih daripada kalangan murid itu sendiri. Mereka akan memulakan projek ini pada minggu persekolahan yang ke4 sehinggalah siap projek ini pada minggu yang ke-6.Setelah kerja-kerja pengemasan terakhir dibuat murid tahun 6 akan didedahkan dengan konsep buku idea. Antara kandungan yang perlu ada dalam buku idea ialah :
a)Tajuk projek atau Nama projek.
b)Latar belakang:-
* Penyataan masalah
* Produk sedia ada
* Cadangan projek
c) Objektif dan fungsi produk.
d) Deskripsi produk:-
* Rekod aktiviti
* Tunjukkan lakaran kerja dan lukisan gambarajah
* Terangkan pembinaan dan pengujian projek.
e) Rujukan/ Bibliografi
f) Lampiran.

TAHUN 2010

SEBAGAI PERMULAAN TAHUN 2010, PANITIA KH Mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru yang mengajar Subjek Kemahiran Hidup seperti Cikgu Nazari bin Nordin, Cikgu Mohd Fauzi b. Kamarudin dan cikgu yang sedia mengajar KH seperti Cikgu Zainal Abidin b. Jaafar.Dengan adanya tenaga pengajar daripada guru-guru yang berpengalaman yang luas di dalam subjek KH ini maka dapatlah pelajar-pelajar Sk Alor Pongsu menimba pengalaman dan pengetahuan di bidang teknikal. Rata-rata pelajar akan berpeluang membuat projek masing-masing dengan pengawasan guru-guru yang sedia ada disambing menambah ilmu bukan sahaja dalam pertukangan, perkebunan, penternakkan, jahitan, elektonik malah turut diajar bidang perniagaan. Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Insyaallah dengan berkat usaha dan penuh kesabaran, kita akan berjaya melahirkan modal insan yang benar-benar berguna di masa hadapan.

Sunday 29 November 2009

Buat Renungan Kita Bersama

bukan berniat mewujudkan pandemik 'panik' di kalangan insan..

sekadar berkongsi fakta..

fakta yang seakan tidak dipedulikan..

agar persepsi 'kemungkinan' di titik beratkan sewajarnya..





H1N1 ada hikmahnya...

merupakan cemati yang menghalau kita kembali kepada ALLAH..

sesungguhnya kita ini sering alpa dan lalai dari mengingati-NYA..

kita durhaka kepada-NYA..

tengelam dalam kelazatan kehidupan dunia hingga lupa kepada-NYA..

kita mengerjakan ma'siat..

kita remehkan hukum-hakam-NYA..


Maka dengan datangnya bencana atau wabak sebegini, akan membuatkan manusia teringat untuk pasrah..

kembali kepada-NYA..

bertaubat kepada-NYA..

memohon perlindungan dari-NYA..

(kritisan kata terbaik dari al-fanshuri)


moga kita senantiasa berada di bawah lindungan-Nya. hayati rasa keinsafan bersama keasyikan Qasidah Burdah di sini. wassalam..

JASAMU DIKENANG

;

Gelagat Bloggers

;

Koleksi Gambar SKAP