PENDAHULUAN
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata
pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar
pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam
kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis
dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan
teknologi dan keusahawanan.
Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi
dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan
bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan
yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui
pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap
perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran.
Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung
ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan
teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui
mata pelajaran ini.
Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada
penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan
idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti
mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk
serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan
seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan
komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya
menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin
mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian,
menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan
serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan
Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan
semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi
peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.
Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid
memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya
mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka.
Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta,
mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi
yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga
berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.
Wednesday, 5 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buat Renungan Kita Bersama
bukan berniat mewujudkan pandemik 'panik' di kalangan insan..
sekadar berkongsi fakta..
fakta yang seakan tidak dipedulikan..
agar persepsi 'kemungkinan' di titik beratkan sewajarnya..
sekadar berkongsi fakta..
fakta yang seakan tidak dipedulikan..
agar persepsi 'kemungkinan' di titik beratkan sewajarnya..
H1N1 ada hikmahnya...
merupakan cemati yang menghalau kita kembali kepada ALLAH..
sesungguhnya kita ini sering alpa dan lalai dari mengingati-NYA..
kita durhaka kepada-NYA..
tengelam dalam kelazatan kehidupan dunia hingga lupa kepada-NYA..
kita mengerjakan ma'siat..
kita remehkan hukum-hakam-NYA..
Maka dengan datangnya bencana atau wabak sebegini, akan membuatkan manusia teringat untuk pasrah..
kembali kepada-NYA..
bertaubat kepada-NYA..
memohon perlindungan dari-NYA..
(kritisan kata terbaik dari al-fanshuri)
moga kita senantiasa berada di bawah lindungan-Nya. hayati rasa keinsafan bersama keasyikan Qasidah Burdah di sini. wassalam..
JASAMU DIKENANG
;
;
No comments:
Post a Comment